Wednesday, September 26, 2012

Ku Panjatkan Doa Hanya Kepada Mu Ya Allah!!!



Ya Allah,
Eangkaulah Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,
Maha Melindungi lagi maha Mengampuni,
Kepada Mu Lah kami meminta segala pertolongan.

Ya Allah,
Sampaikanlah salam dan selawat kami kepada Nabi
Besar junjungan kami Nabi Muhammad SAW.

Ya Allah,
Sampaikanlah salam kami kepada ahli keluarga baginda,
Dan kepada sahabat-sahabat baginda,
Kepada para solehin,
Para mukmin dan mukminat,
Dan para shuhada
Yang sudah pergi mendahului kami.

Tuesday, September 25, 2012

Ke Mana MASA Kita Laburkan...


Sesungguhnya tempoh 24 jam sehari semalam adalah 1440 minit dan 86,400 saat yang diberikan untuk kita laburkan dalam kebaikan. Masa hidup di dunia ini sangat terbatas. Turun dan naik nafas, adalah pinjaman umur yang tidak boleh dipersiakan.

Masa dan waktu seringkali diumpamakan seperti emas. Ia bernilai dan berharga. Sebenarnya masa dalam hidup manusia jauh lebih berharga daripada emas, mutiara dan intan permata.

Sesungguhnya masa adalah umur bagi manusia. Manusia yang gagal menguruskan masa dengan sebaiknya akan menjadikan setiap tarikan usianya adalah pembaziran dan kekecewaan. Apa yang lebih malang, manusia yang membuang masa kepada perkara kemaksiatan dan dosa akan menempuh penyesalan yang tersangat dahsyat kelak pada hari kiamat.